Gadis Menderita Anggota Tangan ‘Kembar Parasit’ Tergantung Di Perut Bataskan Pergerakan..
KEHIDUPAN seorang pelajar akan berubah tidak lama lagi selepas 14 tahun 'membawa' anggota badan berlebihan yang tergantung di perutnya.
Veronica Cominguez, 14, dari Filipina dilahirkan dengan dua tangan tambahan bersama jari terbantut di perutnya, selepas pasangan kembarnya tidak berkembang dengan baik di dalam rahim.
Veronica, yang tinggal di Bandar Iligan, Filipina, telah 'ditemani' dengan tangan anggota tambahan tersebut untuk seluruh hidupnya selama 14 tahun.
Setiap hari dia membersihkan tangan pasangan kembarnya dan memotong kukunya apabila panjang.
Terdapat juga pertumbuhan lain di bawah lengannya, yang dilaporkan mempunyai otot.
"Masa saya masih kecil, saya fikir ia adalah kaki. Tetapi ketika saya membesar, ia menjadi lebih besar.
"Ia berat, membataskan pergerakan saya. Ia tergantung dan berayun," katanya.
Walaupun tidak mampu berjumpa doktor, ibu Veronica, Flora Cominguez, tahu dia mempunyai kembar ketika hamil tetapi ia tidak berkembang sepenuhnya.
Malah, Flora telah memilih nama untuk kedua-dua bayi kembarnya, tetapi malangnya pasangan Veronica tidak berkembang seperti yang diharapkan sebaliknya meninggalkan anggota tambahan dibadan Veronica.
Flora menjelaskan cecair sering keluar dari perut Veronica dan kadang-kadang terdapat darah dalam cecair tersebut.
"Cecair yang keluar darinya berbau busuk," katanya.
Menurut GMA Network, keluarga gadis itu dinasihatkan untuk mengeluarkan anggota badan di badan Veronica, tetapi mereka tidak mampu melakukan pembedahan.
Walau bagaimanapun, selepas permulaan kehidupannya yang luar biasa, gadis itu kini bersedia menjalani pembedahan untuk membuang anggota tambahan.
Penduduk tempatan mengumpul wang untuk Veronica bagi membolehkannya terbang ke Thailand untuk pembedahan.
Gadis itu telah menerima pujian kerana sifat sabarnya dan keperibadiannya dan mereka sentiasa menyokongnya dengan berdoa pembedahannya berjaya dan dia sentiasa sihat.
Menurut doktornya, Dr. Beda Espineda, pembedahan gadis itu tidak sepatutnya menjadi terlalu rumit.
Doktor yang bekerja sebagai pakar bedah pediatrik di Pusat Perubatan Kanak-kanak Filipina itu berkata kebanyakan kes seperti ini boleh dikeluarkan kerana, biasanya, struktur badan yang terlibat tidak penting.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LLa2pv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment