Hi! Welcome Back and Stay Tune! HSR: Singapura sambut baik cadangan perbincangan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HSR: Singapura sambut baik cadangan perbincangan Malaysia

Sinar Harian
HSR
- Gambar hiasan
(Ubah saiz teks)
SINGAPURA - Singapura menyambut baik cadangan Malaysia untuk memulakan perbincangan mengenai Projek Keretapi Laju (HSR), demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MoT) republik ini hari ini.

Kenyataan itu berkata, kerajaan Singapura telah menerima surat daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertarikh 23 Julai 2018.

Ia mendedahkan bahawa dalam surat tersebut, Azmin berkata bahawa kerajaan Malaysia sedang mengkaji butiran Projek HSR dan akan memulakan perbincangan dengan Singapura tidak lama lagi.
Kenyataan itu berkata, kerajaan Singapura telah meminta melalui saluran diplomatik sejak 1 Jun 2018 supaya kerajaan Malaysia memberi jawapan bertulis menjelaskan kedudukannya mengenai Projek HSR.

Kerajaan Singapura juga menyarankan agar jika kerajaan Malaysia berhasrat untuk membincangkan Projek HSR, perbincangan itu perlu dilakukan selewatnya 31 Julai 2018, katanya.
"Sehingga 1 Ogos 2018, Malaysia tidak mencadangkan tarikh mesyuarat kepada Singapura," kata MoT.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata bahawa tarikh itu akan ditetapkan dan mesyuarat mungkin akan diadakan bulan ini.
Sementara itu, mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS), MoT berkata ia tidak mendengar berita dari Malaysia secara rasmi mengenai langkah yang dicadangkan bagi pembentukan syarikat usaha sama sebagai Pengendali Lingkaran RTS, dan berharap untuk menerima respons rasmi mereka tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, bahawa sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek, sebaik sahaja kelulusan diterima daripada Kabinet.

Anthony berkata, kertas kerja mengenai projek itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam waktu terdekat.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan projek RTS, maklumat terperinci mengenai perkara itu masih diperlukan untuk dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.
"Kami gembira kerana Malaysia tetap komited kepada Projek RTS Johor Bahru-Singapura.

"Singapura tetap komited untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lingkaran RTS," kata kenyataan itu.
SMRT Singapura dan Prasarana Malaysia sepatutnya telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama untuk bagi mengendalikan lingkaran berkenaan pada 30 Jun lepas. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O3tRF0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.