Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mengatasi Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mengatasi Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Walaupun jualan iPhone dan iPad meningkat pada tahun ini, Apple tetap tewas dalam menjadi penjual telefon pintar terbesar dunia. Terbaru adalah, Huawei kini berjaya mengatasi Apple dalam menjadi penjual telefon pintar terbesar dunia. Mereka berada di tangga kedua selepas Samsung.

Menurut laporan IDC, penjual telefon pintar memasarkan sebanyak 342 Juta unit pada bulan Jun 2018, ini adalah penurunan sebanyak 1.8% berbanding tahun lepas.

Manakala, untuk Huawei – mereka berjaya memegang takhta tangga kedua sebagai penjual telefon pintar terbesar dunia, dengan mengatasi pemasaran iPhone. Huawei memasarkan 54.2 Juta unit, secara terus mendominasi 15.8% pasaran keseluruhan. Apple pula hanya memasarkan 41.3 Juta unit iaitu 12.1% sahaja.

Walaupun Huawei nombor dua, Samsung masih lagi “Raja” dalam pemasaran telefon pintar – kerana mereka berada di tempat pertama. Menurut IDC, Apple mungkin akan kembali menjadi penjual terbesar selepas iPhone 2018 dilancarkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kg25mN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.