Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jepun reka sistem kesan pekerja mengantuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jepun reka sistem kesan pekerja mengantuk

Jepun reka sistem kesan pekerja mengantuk Suhu bilik diturunkan secara automatik jika ia mengesan pekerja tidur di meja. - Gambar Hiasan
 
TOKYO - JEPUN. Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta  bagi mengesan pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara automatik supaya mereka terus sedar.

Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC hari ini berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.

Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.
"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada 2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula bulan ini.

Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.

"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat itu. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vanqbv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.