Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zuraida tolak dakwaan kronisme dalam PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zuraida tolak dakwaan kronisme dalam PKR

FMT | July 29, 2018
Ketua Wanita PKR itu berkata, pelantikan mereka yang mempunyai pertalian darah sebagai ahli majlis tempatan bukan isu, selagi mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugas.
Zuraida Kamaruddin berkata, tidak salah melantik seseorang yang mempunyai pertalian darah sebagai ahli majlis tempatan.
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menolak dakwaan kronisme dan nepotisme dalam parti itu, selepas 2 pemimpinnya di Selangor melepaskan jawatan bagi membantah pelantikan ahli majlis tempatan.

Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, mempertahankan pelantikan itu.

“Tak salah meletakkan seseorang dalam jawatan itu, walaupun mereka mempunyai pertalian darah.
“Ia bukan isu selagi mereka boleh melakukan kerja mereka,” katanya selepas mengadakan pertemuan lebih 2 jam dengan pemaju dan penduduk PPA1M Bukit Jalil di sini, hari ini.
Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua Pemuda PKR Sabak Bernam, Abdul Mutalib Ahmad melepaskan jawatan mereka dengan mendakwa wujud amalan kronisme dan nepotisme dalam pemilihan ahli majlis di Selangor.

Awal hari ini, Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman meletakkan jawatan, mendakwa segelintir pemimpin PKR negeri mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme dengan menggunakan pelantikan politik sebagai habuan untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

Syed Badli Shah berkata, sikap mementingkan kroni semakin parah dalam usaha pembahagian jawatan politik, apabila hanya pengikut kabilah tertentu yang akan diberi habuan dari segi jawatan.

Peletakan jawatan itu berlaku ketika PKR bersiap sedia untuk pemilihan dalam parti selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Sebelum itu, satu sumber dalam parti menyalahkan pelantikan atas arahan seorang menteri persekutuan.

“Menteri itu melantik orang yang beliau kehendaki sebagai ahli majlis dan dengan berbuat demikian, ia memandang rendah menteri besar Selangor,” kata sumber itu kepada FMT merujuk Amirudin Shari.

Sementara itu, Zuraida yang dilihat sekutu utama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik keputusan Rafizi Ramli bertanding jawatan nombor 2 itu kerana ia sebahagian daripada sistem demokrasi dalam parti.

Katanya, Rafizi berbuat demikian kerana beliau merasakan dirinya layak.
“Rafizi boleh bertanding jawatan itu kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja.”

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi, sehingga kini belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain, begitu juga dengan Zuraida


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K6rgrJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.