Hi! Welcome Back and Stay Tune! MH370: Pengerusi CAAM letak jawatan selepas laporan keluar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MH370: Pengerusi CAAM letak jawatan selepas laporan keluar

Sinar Harian
Pengarah CAAM letak jawatan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), hari ini.

Pengumuman itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Azharuddin menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Anthony pagi ini.
Menurut Anthony, tindakan itu dibuat susulan laporan terbaru MH370.
“Beliau didapati tidak bersalah atas apa-apa kesalahan.

“Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Selain itu, Anthony turut menyentuh soal dapatan dalam laporan tersebut yang menyentuh operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di mana ia menyatakan pegawai bertugas tidak menepati prosedur operasi standard.

“Susulan itu, satu jawatankuasa siasatan dalaman akan dibentuk untuk mengenal pasti tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab,” kata beliau.

Menerusi surat Azharuddin itu tarikh letak jawatan itu berkuat kuasa 14 Ogos depan susulan hasil pasukan penyiasatan keselamatan MH370 mendapati wujud kepincangan prosedur operasi pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2v4Pi1z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.