Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim

 | July 30, 2018
Timbalan presiden PAS itu berkata ini disebabkan majoriti undi yang besar pada PRU14 lalu.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana.
KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Balakong.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini disebabkan majoriti undi yang besar dalam PRU14 yang lalu.
“Majoriti diperolehi terlalu besar. Kita tak nak habiskan masa rakyat lah untuk berkempen.
“Kecuali kalau kita rasa ada kepentingan sesuatu, baru kita buat keputusan baharu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam PRU14 lalu, Ng Tien Chee (PH) memenangi kerusi Balakong dengan memperoleh 41,768 undi berbanding Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) 6230 undi dan Lim Chin Wah (BN) 5874 undi.

Kekosongan kerusi DUN Balakong berlaku selepas penyandangnya Ng maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, 20 Julai lalu.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September sebagai hari pengundian bagi PRK Balakong.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.
Mengulas mengenai pandangan orang ramai terhadap parti itu apabila tidak bertanding dalam 2 PRK, Tuan Ibrahim berkata itu merupakan hak PAS untuk bertanding di mana-mana.

“Kita pun bukan turun bertanding semberono sahaja. Tempat-tempat yang kita rasa boleh turun, kita turun dan tempat yang kita rasa tak turun kita tak turun.
“Jadi saya fikir kita tak terikat dengan apa-apa. Cuma kita ambil kira faktor lalu dan juga situasi semasa.”
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2M18Avp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.