Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zamihan setuju mohon maaf selepas pendakwah Kanada saman RM1 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zamihan setuju mohon maaf selepas pendakwah Kanada saman RM1 juta

 | July 31, 2018
Penceramah kontoversi itu diberi tempoh memohon maaf secara bertulis dalam masa 2 hari.
Zamihan Mat Zin melabelkan Bilal Philips sebagai ‘penyokong terorisme antarabangsa’. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin hari ini bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah warga Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips selepas di saman fitnah sebanyak RM1 juta.
Zamihan yang juga pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat permohonan maaf secara bertulis di Facebook.

Peguam Philips, Meor Amir Meor Omar Baki berkata anak guamnya bersetuju untuk menarik balik samannya dengan beberapa syarat selain permohonan maaf secara bertulis dalam masa 2 hari daripada Zamihan.

“Selain mohon maaf tanpa bersyarat, dia perlu padam postingnya berkaitan Philips sebelum ini dan beliau setuju bayar ganti rugi dengan jumlah yang tidak didedahkan jumlahnya.

“Selain itu, RM30,000 sebagai kos sekuriti yang Philips bayar kepada Zamihan sebelum ini perlu dipulangkan kembali.
“Zamihan juga tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan berkaitan postingnya terhadap Philips,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi.
Penghakiman persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Philips memfailkan saman pada September tahun lalu, selepas Zamihan melalui kiriman Facebook pada September melabelkannya sebagai “penyokong terorisme antarabangsa”.

Dalam pembelaan yang difailkan pada 19 Oktober, Zamihan berkata kenyataan tentang penglibatan Philips dalam aktiviti berkaitan pengganas diambil daripada laporan berita yang tersiar di National Post dan The Guardian, serta polis.
Zamihan mendakwa plaintif dilarang memasuki beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Denmark dan Kenya.

Menurut Philips, beliau bersetuju kes samannya terhadap Zamihan diselesaikan secara baik selepas berpuas hati dengan pengakuan Zamihan.

Beliau berkata Zamihan mengakui mendapat maklumat yang salah daripada media berkaitan aktiviti dan kerja yang dilakukannya.
“Saya tidak telibat dengan aktiviti keganasan. Dan saya berterima kasih kepada Zamihan yang mengaku bersalah sebab menerima maklumat yang salah,” katanya.

Sementara Zamihan pula berkata beliau dan Philips mencapai kata sepakat kes tuntutan ini.
“Secara dasar berpuas hati, kita boleh capai kata sepakat cara baik. Kalau ada pertuduhan saya mohon maaf, kita dapat selesai cara baik. Saya akan padam posting saya sebelum ini.
“Saya tak ada masalah peribadi dengan Philips,” katanya.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AAWNTk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.