Jumlah Pemandu Baharu Berdaftar Dengan Grab Berkurangan
Tanggal 12 Julai lalu, pemandu perkhidmatan perkongsian kereta diberikan masa setahun untuk memenuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum dibenarkan beroperasi. Antaranya ialah bayaran lesen operasi, pemeriksaan kenderaan dan keperluan mempunyai insurans kemalangan membabitkan pemandu, penumpang, kenderaan serta pihak ketiga. Ini meletakkan pemandu perkhidmatan seperti Grab setanding dengan pemandu teksi.
Kesan jangka pendek pengenalan peraturan ini sudah mula dilihat. Ketua operasi Grab Malaysia, Sean Goh dipetik mengatakan jumlah pemandu baharu yang berdaftar kini berkurangan. Ini menurut beliau adalah kerana majoriti pemandu Grab tempatan adalah pekerja separuh masa. Kos tambahan yang perlu ditanggung untuk beroperasi mungkin dilihat sebagai tidak berbaloi bagi mereka yang tidak bekerja sepenuh masa.
Menurut beliau lagi pihak Grab merasakan apa yang berlaku ini adalah normal ketika tempoh peralihan dan percaya keadaan akan kembali pulih di masa hadapan. Impak sebenar pengenalan undang-undang ini akan hanya dirasai tahun hadapan selepas tempoh setahun sebelum penguatkuasaan yang diberikan tamat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Owchut
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment