Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin


Sinar Harian
Salahuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (dua,kanan) menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan pada majlis ramah mesra bersama nelayan sempena lawatan kerja ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysai (LKIM) Kuala Kedah di Pelabuhan LKIM Kampung Keluncur Kubang Rotan, hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 

ALOR SETAR – 'Kerja-kerja pembersihan’ di dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya memerlukan masa kira-kira dua bulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata ketika ini proses membuang 'sampah sarap' yang berada di dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar membela peladang di negara ini.

"Kita akan bermula dengan era baru (Nafas), jadi yang mungkin berdepan tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan, manakala yang tidak bersalah jangan bimbang mereka tidak akan diapa-apakan," katanya.

Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala Kedah di sini hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.

Nafas merupakan agensi pertama kementerian itu yang diambil tindakan serius selepas laporan  Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menyebabkan kerugian entiti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Penggantungan pengurusan Nafas berkuatkuasa 1 Jun lalu adalah bagi membolehkan siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan ketirisan yang melibatkan anggota Jemaah Pengarah dan pengurusan dilakukan. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NOWGVN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.