Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Tiada Rancangan Membenarkan Perkhidmatan Perkongsian Motosikal Seperti Go-Jek Beroperasi Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Tiada Rancangan Membenarkan Perkhidmatan Perkongsian Motosikal Seperti Go-Jek Beroperasi Di Malaysia

Perkhidmatan perkongsian kereta seperti Grab sudah boleh beroperasi secara sah di Malaysia sejak 12 Julai lalu. Perubahan pada rang undang-undang dan pemandu memiliki e-lesen adalah antara syarat yang dikenakan kerajaan. Tetapi di kota besar seperti Kuala Lumpur, perkhidmatan ini masih tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Oleh itu perkhidmatan perkongsian motosikal seperti Go-Jek dilihat sebagai alternatif murah dan lebih pantas untuk ke destinasi pilihan.

Di dalam sesi soal jawab di Parlimen, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan membenarkan perkhidmatan perkongsian motosikal untuk beroperasi di negara buat masa ini. Beliau menjawab cadangan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin bahawa perkhidmatan ini dapat ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada pengangkutan awam dan perkongsian kereta sedia ada.

Menurut Anthony Loke lagi kadar kemalangan jalan raya melibatkan motosikal adalah amat tinggi sekaligus menjadikan ia perkhidmatan yang membahayakan pelanggan. Pada waktu yang sama jika ia dibenarkan, jumlah motosikal akan bertambah dan memburukkan lagi masalah kesesakan lalulintas.

Sebelum ini perkhidmatan perkongsian motosikal Dego Ride diperkenalkan di ibu negara sebelum diharamkan pihak berwajib kerana melanggar undang-undang negara. Dengan Grab kini beroperasi tanpa pesaing, adalah kini masa yang baik untuk membenarkan semula perkongsian motosikal di negara kita? Kongsi pendapat anda di ruangan komen.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LNDnPr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.