Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Johor, Mufti Wilayah Persekutuan lawat Anwar di Turki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Johor, Mufti Wilayah Persekutuan lawat Anwar di Turki

Sinar Harian
Sultan Johor, Mufti Wilayah Persekutuan lawat Anwar di Turki
Sultan Ibrahim mencemar duli melawat Anwar di Medipol Mega University Hospital, Istanbul.
(Ubah saiz teks)
ISTANBUL - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Medipol Mega University Hospital, Istanbul.

Kunjungan Sultan Ibrahim tersebut dimaklumkan Anwar menerusi gambar dan catatan yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

“Junjung kasih atas kesudian Sultan Johor untuk menziarahi saya di Hospital Medipol Istanbul. Saya ke hospital semalam (kelmarin) untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor tentang tahap kemajuan kesihatan saya.

"Baginda Tuanku Sultan Ibrahim sempat diperkenalkan kepada panel doktor dan mengucapkan terima kasih di atas rawatan baik yang diberikan kepada saya,” kata Anwar menerusi akaun Facebook miliknya pada Sabtu.
Pada 8 Julai lalu, Anwar menjalani pembedahan tulang belakang dan menjalani pembedahan lain di bahu kanannya pada 12 Julai.

Beliau sebelum ini mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana saluran tulang belakang sempit sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebas.
Mengulas perkara tersebut, Anwar turut menyatakan, panel doktor berpuas hati dengan tahap kemajuan kesihatan dan mengizinkan beliau berlepas pulang ke tanah air.  

Sebelum itu, Anwar juga menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan melahirkan rasa terharu beliau atas lawatan tersebut.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Twitter, Zulkifli berkata, beliau mengambil sedikit masa ketika menghadiri Multaqa al-Aqsa di Istanbul untuk melawat Anwar.

"Alhamdulillah, keadaannya beransur pulih. Pelbagai isu- isu global umat Islam sempat dibincangkan bersama.
"Semoga Datuk Seri Anwar segera sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia serta dunia Islam amnya," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LuUXIx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.