Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada lagi harga melambung bagi projek, perolehan kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada lagi harga melambung bagi projek, perolehan kerajaan

Sinar Harian
Tiada lagi harga melambung bagi projek, perolehan kerajaan
Baru Bian
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau akan memastikan projek dan perolehan kerajaan di masa depan diselia dengan teliti bagi menghentikan amalan sebelum ini membabitkan tender dan kontrak dengan harga yang melambung tinggi.

"Secara peribadi saya akan menganjurkan tender terbuka secara meluas disebabkan cara ini lebih kompetitif dan sangat adil dari segi komersial,” katanya.

Beliau berkata, bagi membolehkan perkara ini menjadi kenyataan, Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama rapat dengan kementerian dan agensi lain dalam memastikan proses dan prosedur yang sewajarnya dilaksanakan sepanjang proses penilaian perolehan dan teknikal.

Baru berkata, terdapat kebenaran dalam tanggapan umum bahawa sebelum ini, sungguhpun Kementerian Kerja Raya mempunyai pakar seperti jurutera dan juru ukur kuantiti, tetapi ia tidak terlibat sepenuhnya dalam proses penentuan harga projek mega, sekali gus mengakibatkan kos melambung tinggi bagi projek sedemikian.

"Perkara ini ada kebenarannya. Tetapi Kementerian Kerja Raya kini ingin memastikan bahawa bagi projek infrastruktur yang dilaksanakan menggunakan kaedah konvensional atau perbelanjaan pembangunan, kami akan terlibat dengan aktif dalam menyediakan kepakaran teknikal kami sepanjang proses penilaian dijalankan bagi menentukan dengan lebih awal nilai tender,” katanya sebagai menjawab soalan bahawa sebelum ini kos tersebut ditentukan sebahagian besarnya oleh Kementerian Kewangan atau agensi lain. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mPNcOs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.