Ibu ini meninggal usai melahirkan di rumah kerana hanya berpandukan Video YouTube
29 Jul 2018
Gambar hiasan (Foto: Ist)
TIRUPUR - Pasangan suami isteri di Tirupur, Tamil Nadu, India, ini seharusnya berbahagia kerana kelahiran puteri yang ditunggu-tunggu. Tapi proses persalinan berakhir tragis, setelah sang isteri meninggal akibat pendarahan.
Pasalnya mangsa, Krithka (28), tidak melahirkan di rumah sakit atau klinik, melainkan di rumah pada Sabtu 22 Julai. Dia dan suaminya, Karthikeyan, sepakat persalinan dilakukan di rumah dengan mengandalkan panduan dari video YouTube serta informasi di media sosial.
Selain itu, ada pula teman dan isteri Karthikeyan lainnya, namun kehadiran mereka tak banyak membantu kerana tidak seorang pun yang punya pengetahuan perubatan.
Setelah melahirkan, Krithka tak sedarkan diri lalu dibawa ke rumah sakit bersama bayinya. Keesokan harinya, doktor memberitahu ibu dari dua anak itu meninggal. Sementara nyawa bayinya dapat diselamatkan.
Atas kejadian ini, Karthikeyan langsung ditahan dan disoalsiasat polis .
Berdasarkan hasil pemeriksaan sementara, pasangan itu yakin boleh melalui proses persalinan secara mandiri. Ini merupakan kedua kalinya Krithka melahirkan, setelah lima tahun lalu. Mereka membekali diri dengan pengetahuan dari video di YouTube dan maklumat dari Facebook.
Pada 22 Julai ketika isterinya mengeluh mulas, Karthikeyan menghubungi temannya, Praveen, serta isteri pertamanya untuk membantu persalinan. Dengan melihat tayangan video, mereka memberikan instruksi kepada Krithka hingga bayi perempuan keluar. Namun setelah itu, dia tak sedarkan diri dan mengalami pendarahan.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vbRCDl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment