Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan iPhone Dan iPad Meningkat Tetapi Mac Berkurangan Pada Suku Ketiga 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan iPhone Dan iPad Meningkat Tetapi Mac Berkurangan Pada Suku Ketiga 2018

Identiti Apple sebagai syarikat pengeluar komputer peribadi semakin ketara sejak tumpuan diberikan kepada iPhone yang menjana lebih banyak keuntungan. Menurut laporan kewangan Apple untuk suku ketiga 2018, keputusan Cupertino untuk menumpukan kepada jualan telefon pintar dan tablet membuahkan hasil kerana berjaya mencatatkan peningkatan jualan.

Pada suku ketiga 2018, sebanyak 41.3 juta iPhone terjual berbanding 41 juta pada suku yang sama tahun lalu. Sebanyak 11.55 juta iPad pula terjual berbanding 11.42 juta. Nasib Mac tidak sebaik iPhone dan iPad kerana hanya 3.72 juta terjual pada suku ketiga 2018 berbanding 4.29 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Apple mencatatkan jualan  $53.3 billion dengan keuntungan $11.5 billion. iPhone menyumbang 56% kepada nilai jualan diikuti oleh perkhidmatan (18%), Mac (10%), iPad (9%) dan lain-lain (7%). Keuntungan yang disumbangkan oleh perkhidmatan meningkat 31% berbanding suku yang sama tahun lalu. Untuk menjana keuntungan berterusan, iPhone dan perkhidmatan pastinya akan diberikan tumpuan yang lebih oleh Apple selepas ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vmX3iF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.