Azalina ingatkan Muhyiddin ‘jangan buat-buat lupa’
PETALING JAYA: Bidas membidas antara dua pemimpin UMNO dari Johor iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berterusan.
Terbaharu, Azalina menerusi akaun Twitter mengingatkan bekas Timbalan Perdana Menteri supaya tidak cuba menjadi hero apabila mengaku antara individu yang menubuhkan Puteri UMNO.
Azalina, bekas Ketua Puteri UMNO yang pertama berkata, Muhyiddin sanggup melakukan apa sahaja untuk terus kekal relevan.
“Tan Sri Muhyiddin tergamak perlekeh parti semata-mata angkat diri sendiri sebagai hero.
“Tan Sri Muhyiddin mengaku sebagai hero yang tubuhkan Puteri UMNO. Ini tidak benar,” katanya.
Semalam, Muhyiddin dalam ceramahnya di Parlimen Pengerang mendakwa beliau adalah orang yang bertanggungjawab memberikan galakkan kepada Azalina untuk menubuhkan Puteri UMNO.
Azalina, Ahli Parlimen Pengerang menambah, tindakan Muhyiddin mengadakan ceramah di seluruh negara mengkritik kepimpinan UMNO hanya memecah belahkan parti.
Sehubungan itu, beliau berharap Muhyiddin dapat bersikap lebih matang dalam setiap tindakannya dan tidak mudah lupa jasa parti kepada beliau.
“Tan Sri Muhyiddin jangan buat-buat lupa apa UMNO Bhg Pengerang pernah buat untuk beliau. Pernah sokong beliau sebagai Timbalan Presiden,” tulisnya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SetL8N
Post a Comment