Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan politikkan AES – Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan politikkan AES – Zahid

zahid-hamidi,aes
IPOH: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pelaksanaan sistem AES bukan satu tindakan menghukum, sebaliknya, ia merupakan langkah pencegahan memandangkan jumlah kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini amat membimbangkan.
“Budaya dan sikap serta kaedah pemanduan perlu diubah kalau kita (pengguna) jalan raya tidak mahu dikenakan tindakan.
“Saya tahu ia akan mengundang pelbagai persepsi, tapi pelaksanaan sistem ini telah lama ditangguhkan, jumlah denda juga dikurangkan daripada RM300 kepada RM150 walaupun ada yang anggap membebankan,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebanyak 1,200 lagi kamera AES akan dipasang di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi merakam gambar kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya.
Menurut Khalid dengan langkah itu, pemandu-pemandu di negara ini akan dapat dididik mematuhi undang-undang.
Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, pemasangan kamera AES akan dibuat oleh anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang dilantik, manakala Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pemantauannya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemalangan Jalan Raya berharap Kementerian Pengangkutan dapat memperhebat kempen bagi menjelaskan mengenai AES seterusnya mendidik orang ramai menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Setiap tahun purata 445,000 kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia dan daripada jumlah itu kira-kira 6,500 kes berakhir dengan kematian, katanya.


Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1r5j3en

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.