Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRN Sarawak: Peguam PAS siap sedia bantu jentera pilihanraya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRN Sarawak: Peguam PAS siap sedia bantu jentera pilihanraya


KUCHING: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS kini dalam persiapan membantu jentera kempen parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, bantuan akan bertumpu kepada aspek undang-undang memantau perjalanan pilihan raya, terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi serta nasihat perundangan.
“Mesyuarat penyelarasan antara barisan peguam PAS bersama Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat telah diadakan bagi membincangkan gerak kerja dan penyusunan tugas.
“Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali telah memberi taklimat berhubung persiapan itu. Pengarah JUHAM, Wan Rohimi Wan Daud pula membincangkan koordinasi tugasan dan isu berkaitan tugasan peguam,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata AJK PAS Pusat itu lagi, mobilisasi peguam-peguam PAS akan dibuat secara berperingkat bermula pada hari penamaan calon di 11 DUN tersebut.
PAS adalah parti pertama yang mengemukakan senarai lengkap calon di 11 DUN yang akan ditandinginya, iaitu DUN Pantai Damai (N4), Samariang (N7), Muara Tuang (N16), Sadong Jaya (N24), Sebuyau (N27), Beting Maro (N29), Kakus (N60), Jepak (N67), Samalaju (N70), Lambir (N72) dan Pujut (N74).
Pada 14 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 25 April sebagai hari penamaan calon, dan 5 Mei sebagai hari mengundi.


Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Segbm1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.