Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tangguh debat: Guan Eng anggap dirinya dipermainkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tangguh debat: Guan Eng anggap dirinya dipermainkan




GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan rasa kecewa dan menganggap dirinya dipermainkan apabila debat antara beliau dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ditangguhkan.

Beliau mendakwa selepas Abdul Rahman mencabarnya untuk berdebat dan cabaran itu diterima olehnya, menteri itu sengaja ke luar negara.

“Tapi bila (Abdul Rahman) balik, tiba-tiba IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar) cakap tak boleh teruskan (debat) kerana akibatkan prejudis,” katanya dengan nada kecewa kepada pemberita selepas melancarkan Mass CPR-AED, di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda debat itu yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini, selepas mengambil kira nasihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siaran langsung debat itu ditangguhkan.

Lim turut mempersoalkan mengapa media boleh menyiarkan laporan mengenai isu tanah Taman Manggis dan banglonya hampir setiap hari sedangkan dakwanya ia juga boleh dianggap prejudis dan mengganggu siasatan.

Kontroversi tanah Taman Manggis timbul selepas Abdul Rahman mendakwa, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah itu yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta manakala banglo itu didakwa dibeli Lim pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.
– BERNAMA


Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SjHj5k

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.