Deklarasi Rakyat: 2,000 tandatangan tidak sampai 1 jam
PETALING JAYA: Tidak sampai satu jam. kira-kira 2,000 orang menandatangani Deklarasi Rakyat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan tinjauan di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.
“Kami bersama-sama mengharungi lautan manusia di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak sampai satu jam, kami telah berjaya mengumpul lebih 2,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, tulis Pendebat Terbaik Asia yang juga Presiden Kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di akaun Instagram.
Turut bersama Dr Mahathir dalam tinjauan mesra rakyat bagi mendapatkan sokongan Selamatkan Malaysia itu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin dan bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mhafuz Omar.
Deklarasi Rakyat ditandatangani pemimpin UMNO dan pembangkang bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana didakwa melakukan banyak kemusnahan kepada negara dari aspek ekonomi dan pentadbiran.
Deklarasi itu ditandatangani pada 4 Mac lalu dan mensasarkan mengutip sejuta tandatangan.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1MANdQb
Post a Comment