Banduan mati ditikam di dalam penjara
KUALA LUMPUR: Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 20 tahun itu maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 12.30 tengah hari.
“Mangsa dimasukkan ke penjara itu atas kesalahan kes culik,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Rozi berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan hari ini.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Tc6QNH
Post a Comment