Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Switch Alpha 12 Dengan Sokongan Penyejukan Cecair Dilancarkan Di Malaysia – Bermula RM2499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Switch Alpha 12 Dengan Sokongan Penyejukan Cecair Dilancarkan Di Malaysia – Bermula RM2499

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan, dan salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah Acer Switch Alpha 2. Ia merupakan komputer riba dua-dalam-satu pertama daripada Acer yang hadir dengan sokongan penyejukan cecair.

Acer Switch Alpha 12 hadir dengan skrin 12-inci dengan paparan resolusi QHD. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan intel Core. Seperti biasa, ia hadir dengan beberapa pilihan – termasuk pilihan cip Intel Core, penggunaan memori bermula 4GB RAM dan ruangan storan SSD bermula 128GB.

Acer Switch Alpha 12

Dengan rekaan dua-dalam-satu, ia membolehkan pengguna menanggalkan ia dan guna sebagai tablet, atau menghubungkan dan mengaktifkan kickstand untuk digunakan sebagai komputer riba.

Komputer riba ini turut menggunakan pelbagai teknologi baru, termasuk USB Type-C, serta Acer LiquidLoop yang membolehkan penyejukan berasaskan cecair dan operasi komputer tanpa mengeluarkan bunyi. Acer Switch Alpha 2 ini dikatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 8-jam lamanya.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga bermula RM2499 untuk model Intel Core i3, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB. Model Intel Core i5 dan i7 turut disediakan untuk pengguna.





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TgBJSQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.