Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terbit artikel menghasut, presiden ISMA diarah bela diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terbit artikel menghasut, presiden ISMA diarah bela diri

isma-internetKAJANG: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini diperintah membela diri atas pertuduhan menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abdullah Zaik, 48, pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu kerana pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadapnya.

Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan itu iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan yang bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’ melalui laman web www.ismaweb.net.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk tertuduh yang diwakili peguam Salim Bashir bagi membela dirinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar. Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan yang bermula akhir tahun lepas.

– BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/27qy1w3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.