Parkir Bawah Tanah Terdalam Di Dunia Dengan 19 Tingkat Dibuka Di China
China adalah negara ke-empat terbesar di dunia di belakang Russia, Kanada dan Amerika Syarikat. Sungguhpun mempunyai keluasan tanah yang besar, masalah tempat letak kereta masih wujud terutamanya di bandar-bandar besar. Hanya 30 tahun dahulu jalan raya Beijing sesak dipenuhi basikal. Kini ia digantikan dengan ratusan ribu kenderaan peribadi yang menjadi status kekayaan pemiliknya. Infrastruktur sedia ada gagal menampung jumlah kenderaan yang menunjukkan peningkatan jualan tahun demi tahun.
Bagi menyelesaikan masalah kekurangan tempat meletak kenderaan, China kini mempunyai parkir bawah tanah paling dalam di dunia di Hangzhou, Provinsi Zheijiang. Tempat letak kereta ini ialah sedalam 19 tingkat dan mampu memuatkan 114 kenderaan. Sistem simpanan automatik digunakan. Pemandu hanya perlu memandu masuk ke dalam lif dan kenderaan akan disimpan dengan selamat dalam masa hanya 50 saat. Untuk mendapatkan semula kereta pula hanya mengambil masa 85 saat. Ia sudah siap dibina dan akan memulakan operasi Jun hadapan.
Sistem seperti ini amat diperlukan di Kuala Lumpur. Malang sekali ibu negara kita ini juga terkenal dengan masalah banjir dan menyimpan kenderaan di bawah tanah pastinya menimbulkan kerisauan pemilik.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TfZ4AG
Post a Comment