Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belantan

Belantan


ADUN DAP persoal slogan CAT?

Posted: 15 May 2016 05:56 AM PDT


Seorang wakil rakyat Kerajaan DAP Pulau Pinang mempersoalkan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang sering diuar-uarkan kerajaan negeri.

Malah, Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) turut mempersoalkan slogan Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat (PPBHJ) berikutan cadangan tambak laut yang memberi impak kepada rakyat dan dibimbangi memberi keuntungan hanya kepada golongan kaya.

Menurutnya, beliau tertanya-tanya sama ada slogan tersebut yang dilaungkan sejak kira-kira lapan tahun lalu benar-benar dipraktikkan oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, jelas beliau, apa yang dapat dilihat rakyat khususnya penduduk di kawasan yang diwakilinya, masih terdapat banyak kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Sebagai contoh, banyak aduan rak­yat di kawasan saya tidak diambil peduli, jalan raya selalu ada kemalangan maut dan kebersihan kawasan saya juga tidak dijaga dengan memuaskan," katanya dalam sidang DUN di sini.

Ong Kok Fooi

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah jawapan lisan Datuk Mohd. Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak) berhubung sejauh mana keberkesanan slogan PPBHJ yang diamalkan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Kok Fooi turut melahirkan rasa bimbang dengan kenya­taan Mohd. Rashid yang mana kerajaan negeri tidak meletakkan apa-apa sasaran atau indeks petunjuk pretasi (KPI) pelaksanaan slogan tersebut dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Apakah Kerajaan DAP Pulau Pinang mencapai prestasi polisi-polisi itu jika dibuat perbandingan dengan kawasan pulau dan Perai?

"Saya memerlukan jawapan ini untuk disampaikan kepada penduduk kerana pada hakikatnya ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati," katanya.

Suara Poltik
Belantan


from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1OuvDy8
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.