Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan tak goyah dengan sejuta tandatangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan tak goyah dengan sejuta tandatangan

Tengku-AdnanKUALA LUMPUR: Sekalipun berjaya mengumpul lebih sejuta tandatangan, Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu menjejaskan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah itu tidak menggambarkan hasrat majoriti rakyat Malaysia.

“Kita ada 30 juta contohnya, jika orang dewasa seramai 12 juta, hanya 10 peratus sahaja daripada jumlah itu.

“Kita juga harus ingat mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu mungkin tidak tahu apa yang mereka lakukan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung UMNO itu juga yakin usaha Dr Mahathir untuk membuktikan BN tidak boleh diterima rakyat di Semenanjung tidak akan berjaya.

“Sebelum ini dia katakan tidak kira sesiapa sahaja calon, sama ada daripada PAS atau mana-mana, kita mesti sokong asalkan BN kalah.

“Dia hendak buktikan bahawa BN tidak lagi boleh diterima di Semenanjung. Tetapi saya rasa ia tidak akan berjaya,” ujar beliau lagi.

Dr Mahathir dalam satu sidang media pada Jumaat lalu mengumumkan sejumlah 1.07 juta tandatangan berjaya dikumpul melalui kempen atas talian, sebanyak 200,000 melalui pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi melalui laman petisyen Change.org.

Dr Mahathir berkata, beliau sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan sendiri Deklarasi Rakyat itu kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/22cYA3X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.