Hi! Welcome Back and Stay Tune! Henti buat andaian pistol itu milik Safee Sali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Henti buat andaian pistol itu milik Safee Sali

Safee-SaliKUALA LUMPUR: PDRM meminta orang ramai tidak terus membuat andaian sendiri berhubung penemuan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru hidup dalam kenderaan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata buat masa ini polis masih menjalankan siasatan dan pihak yang bersalah akan dihadapkan di mahkamah.

“Kita siasat dulu. Kereta itu bukan dia (Safee) yang bawa, tetapi orang lain yang guna. Jadi orang itu sudah ditangkap, biar polis siasat dulu.

“Usah kita terus buat andaian pemain bola sepak yang punya pistol. Biar kita jalankan siasatan terperinci.

“Sesiapa saja yang bertanggungjawab terhadap senjata api itu akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Balai Polis Bukit Aman.

Sebelum ini, Berita Harian Online melaporkan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru ditemui di dalam kereta Safee.

Ketika kejadian, kenderaan Safee yang dipandu seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda ditahan polis trafik ketika melalui sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira jam 12 tengah hari Ahad.

Hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol disimpan dalam sebuah beg kuning di tempat duduk belakang Ford Ranger itu.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan suspek lelaki berusia 34 tahun dalam kes itu tiada kaitan dengan Safee.

Beliau berkata, Safee menghantar kenderaannya ke kedai aksesori suspek untuk diubah suai minggu lalu dan bercadang mengambil kenderaannya selepas perlawanan akhir Piala FA kelmarin.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/27qsG7V

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.