Hi! Welcome Back and Stay Tune! Virus Zika: Atlet Malaysia akan beraksi dalam Olimpik Brazil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Virus Zika: Atlet Malaysia akan beraksi dalam Olimpik Brazil

khairyCHERAS: Penularan virus Zika di Brazil tidak akan menghalang Malaysia daripada menyertai Temasya Olimpik di Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro pada Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, belum ada keputusan untuk menarik diri daripada menghantar kontijen negara untuk temasya tersebut.

“Setakat ini perancangan menghantar kontijen ke sukan tersebut berjalan seperti yang dijadual. Tidak ada sebarang perubahan berdasarkan kepada laporan dan perancangan yang kita terima.

“Malah, buat masa ini juga belum ada negara yang berbuat demikian (menarik diri),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis MOU Akademi Bas Rapid antara KBS dan Prasarana di Kompleks Depoh Cheras Selatan.

Khairy menambah, pihak kementeriannya juga telah mengeluarkan arahan kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk memantau tahap kesihatan atlet serta pegawai yang akan menyertai kejohanan itu nanti.

“ISN sentiasa memantau keadaan kesihatan termasuk berkaitan virus Zika di Brazil dan kita juga sedang mengambil langkah pencegahan terutamanya kepada pegawai-pegawai, jurulatih dan atlet yang layak ke sukan Olimpik di Brazil.

“Kita juga telah memaklumkan asas untuk menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus,” katanya.

Menurut maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 58 negara dilaporkan terkesan dengan jangkitan Zika sejak Januari 2014 hingga 11 Mei 2016 termasuklah Brazil.

Virus Zika menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta tidak menyebabkan kematian, namun ia dikaitkan dengan kejadian mikrosefali iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom ‘Guillain-Barre’.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/27qy231

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.