Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pod Works – Pondok Telefon Awam Diubahsuai Menjadi Pejabat Mini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pod Works – Pondok Telefon Awam Diubahsuai Menjadi Pejabat Mini

Pondok telefon awam yang suatu ketika dahulu mudah dilihat kini menjadi objek yang hampir pupus. Beberapa pondok telefon awam yang dipasang di taman perumahan kami kini sudah berkarat dan telefonnya sudah rosak kerana vandalisme. Peranti mudah alih dengan pelan yang mampu milik mempercepatkan proses kepupusan telefon awam. Akui sahaja anda sendiri mungkin sudah bertahun tidak menggunakannya.

Pod-Works-Pondok-Telefon-1Di London ribuan pondok telefon awam logam yang menjadi identiti ibu kota UK ini menghadapi risiko dilupuskan. Pod Works ialah sebuah perkhidmatan yang mengitarnya semula menjadi pejabat mini di London, Edinburgh dan Leeds. Terdapat perkhidmatan WiFi, ethernet, mesin pencetak, pengimbas, skrin LCD 25″, palam kuasa dan pembuat kopi di dalam pejabat mini Pod Works. Mereka berharap ia boleh menjadi alternatif lebih murah berbanding pergi ke kedai kopi bagi mendapatkan perkhidmatan WiFi.

Bayaran bulanan £ 19.99 (~RM 115) dikenakan kepada ahli. Pintu pejabat dibuka dengan menggunakan imbasan aplikasi peranti pintar. Sebuah idea kitar semula yang menarik. Ini bukan satu-satunya projek kitar semula pondok telefon awam di UK. Terdapat juga  Adakah idea pejabat mini seperti ini menarik minat anda?





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Ov2Cgc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.