Hi! Welcome Back and Stay Tune! Re-Arcade – Penyesuai Mengubah Konsol, PC & Komputer Riba Menjadi Arked Mini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Re-Arcade – Penyesuai Mengubah Konsol, PC & Komputer Riba Menjadi Arked Mini

Kali terakhir kami ke arked untuk bermain permainan komputer adalah hampir dua dekad yang lalu. Semasa masih muda belia kami menghabiskan ratusan token pada kabinet Outrunners, Virtua Racing, Air Combat dan Daytona. Sejak kebelakangan ini arked semakin pupus di Malaysia kerana kepopularan konsol. Kepada yang merindui kabinet arked tetapi tidak mampu membelinya, Re-Arcade ialah penyesuai yang mengubah konsol, PC dan komputer riba menjadi sebuah arked mini.

Re-Acrade-Arked-Mini-1Re-Arcade dilengkapi dengan kesemua butang jenis Sanwa yang biasa anda lihat pada kabinet arked. Ia menyokong konsol PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360 dan PC. Sambungan dilakukan secara HDMI. Harga jualan ialah SGD 695 (~RM 2043) sebuah. Set tidak disertakan dengan panel LCD sebesar 19″. Terdapat pelbagai hiasan memaparkan rekaan permainan Metal Slug, Street Fighter dan juga Injustice disediakan. Kami tidak mampu membeli arked sebenar dan ini ialah alternatif yang sudah lama kami mahukan.





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1sg7hhf

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.