Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adun, exco PAS tidak hadir protes bantah konsert Selena - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adun, exco PAS tidak hadir protes bantah konsert Selena

Hanafi-Zulkapli-pas-selena-gomez

SHAH ALAM: PAS hari ini mengadakan protes membantah keputusan kerajaan Selangor membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez, namun kelibat pimpinan utama PAS negeri tidak kelihatan.

Bantahan itu sekadar disertai pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, adun dan exco PAS negeri tidak memberi kata muktamad terhadap bantahan itu.

“Dalam hal ini, mereka tidak menyatakan tidak atau mengatakan ya terhadap bantahan ini. Jadi, kita hanya mewakili dewan sahaja,” katanya.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hanafi berkata, tindakan membantah keputusan kerajaan negeri tidak dihalang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat berkata, bantahan itu tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan parti Islam itu.

“Isu konsert ini bukan masalah hiburan, tetapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali sebagai simbol seksi yang dikhuatiri boleh merosakkan anak muda kita hari ini,” katanya sambil menambah pihaknya sedih kerana menteri besar yang merupakan penganut Islam memandang remeh isu itu.

Tegasnya, PAS tidak jumud sehingga membantah semua konsert hiburan yang melanggar syariat Allah.

Cubaan mendapat respons adun dan exco PAS Selangor sehingga kini gagal.

Konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’ akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam meluluskan permohonan itu tanpa mendapat tekanan mana-mana individu mahupun organisasi.

Bagaimanapun, MBSA menetapkan beberapa syarat “ketat” untuk dipatuhi penyanyi itu dan penganjur ekoran bantahan sesetengah ahli majlis khasnya ahli majlis daripada PAS.

“Ia termasuk konsert perlu diadakan di lokasi tertutup bagi menjamin keselamatan penonton, pakaian tidak boleh terlalu terdedah, tidak boleh ada arak, rokok dan dadah, tidak boleh melebihi tempoh ditetapkan (sejam hinggan sejam 30 minit), tidak boleh disiarkan secara langsung serta harga tiket perlu terkawal (antara RM250 hingga RM500),” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2ats1e5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.