Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nenek mati dibelasah cucu kerana wang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nenek mati dibelasah cucu kerana wang?

beat-to-death

ALOR SETAR: Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang warga emas yang dipercayai dibelasah cucunya sendiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di sebuah pondok berdekatan Muzium Padi.

Aton Ahmad, 86, meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam Sabtu lalu.

Wanita berkenaan cedera di hidung dan telinga dalam kejadian di rumahnya di Gunung Keriang dekat sini.

“Mangsa dibawa ke hospital pada hari kejadian untuk rawatan tetapi meninggal dunia hari ini. Bedah siasat akan dijalankan untuk pengesahan punca kematiannya,” tambahnya.

Sementara itu, anak mangsa, Zakaria Ismail, 54, berkata pada hari kejadian, beliau yang baru balik daripada membeli makanan di kawasan berhampiran terdengar bunyi bising dari dalam rumah ibunya.

“Apabila saya masuk ke dalam rumah, saya lihat rumah dalam keadaan berselerak dan barang elektrik banyak yang rosak. Kemudian saya naik ke tingkat atas dan saya lihat mak saya terbaring dengan hidungnya berdarah.

“Saya juga nampak anak saudara saya berada di situ,” katanya yang menambah beliau kemudiannya membawa ibunya ke hospital.

Zakaria berkata, rumah itu didiaminya bersama ibunya, anak saudaranya itu dan seorang kakaknya.

“Anak saudara saya tidak bekerja dan dia sering meminta wang daripada saya dan sering keluar malam. Saya sendiri pernah dipukul jika tidak memberi wang kepadanya,” katanya.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2afOJKv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.