Hi! Welcome Back and Stay Tune! PH belum sepakat: Tiada pilihan raya kilat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PH belum sepakat: Tiada pilihan raya kilat

CM penangGEORGE TOWN: Tiada pilihan raya kilat buat masa ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas pakatan pembangkang hari masih berunding untuk temui kata sepakat.

Memberi jaminan kerajaan pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara berat sebelah berhubung perkara ini, Lim Guan Eng melahirkan rasa dukacita “rahsia” pelan pilihan raya kilat itu dibocorkan, memandangkan ia masih dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi.

“Isu ini sepatutnya isu sulit tetapi malangnya ia dibocorkan.

“Saya berdukacita ia dibocorkan, kerana banyak lagi rundingan dengan ahli Pakatan Harapan. Sejak pelan ini diwar warkan…amat mustahil untuk kita membincangkan perkara ini secara aman.

“Akibat individu tertentu yang mengapi apikan isu ini…DAP akan terus berbincang dengan rakan-rakan pakatan…tidak akan ada keputusan sebelah pihak,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu Azmin, Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution bermesyuarat selama 90 minit secara tertutup membincangkan isu pilihan raya kilat ini.

Menjawab pertanyaan pemberita, Guan Eng menjelaskan pilihan raya kilat itu bertujuan untuk menghidupkan kembali semangat demokrasi rakyat Malaysia, yang terkesan dengan salahguna kuasa Putrajaya.

“Sejak penahanan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim, kitaran salahlaku berterusan, salahguna kuasa, ekonomi dalam keadaan teruk dan banyak lagi.”

Guan Eng pada ketika ini menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Ini menyebabkan rakyat hilang harapan. Untuk kembali hidupkan harapan dalam kalangan rakyat, kita perlu kembali hidupkan semangat demokrasi,” katanya.

Guan Eng hari ini dijangka mengumumkan rancangan pembubaran Dewan Undangan Negeri, dalam usaha untuk mengukuhkan sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan.

Langkah itu dipercayai berkaitan dengan pendakwaan dua tuduhan rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi bulan lepas, yang beliau sifatkan sebagai pendakwaan politik.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu sebutan kes 22 September depan.

PKR menyampaikan penghargaan diatas kesudian DAP membincangkan rancangan pilihan raya kilat secara mendalam dengan rakan-rakan komponen.

“Apabila ada cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri, kami sangat menghormati DAP, untuk terus berbincang dengan kami, dan tidak membuat keputusan secara sebelah pihak,” kata Azmin.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29MSy5u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.