Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jantung berlubang, bayi terpaksa makan Viagra untuk terus hidup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jantung berlubang, bayi terpaksa makan Viagra untuk terus hidup

Seorang bayi diberikan dos kecil pil Viagra untuk merawat jantung lemah dan berlubang. — Foto AFPSEGAMAT, 20 Jul — Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan terpaksa bergantung hidup dengan memakan empat biji pil perangsang seks Viagra setiap bulan bagi merawat jantungnya yang lemah dan berlubang.

Ibu kepada Nur Aafiyah Amanda Norhisham, Raja Karipah Raja Hamzah, 46, berkata, ubat tersebut dibahagikan mengikut dos kecil dan diberikan mengikut saranan doktor pakar bagi mengatasi masalah tekanan jantung permata hati bongsunya itu.

"Sebelum ini, saya dan suami terpaksa beli viagra di farmasi dengan harga RM38 sebiji untuk diberikan kepadanya melalui saluran tiub getah bagi memastikan jantungnya sentiasa berdegup.

"Ubat ini diberikan ikut saranan doktor, bagi mengatasi masalah tekanan jantung Amanda. Ia perlu diambil untuk membantu menguatkan sedikit jantungnya.

"Amanda perlukan empat biji viagra setiap bulan dan sebelum Ramadan lalu, dia terpaksa ditahan di pusat kesihatan selama 13 hari kerana paru-paru berkuman," katanya dipetik Sinar Harian.

Selain penyakit jantung berlubang, Nur Aafiyah Amanda turut mengidap masalah paru-paru sejak dilahirkan pada 29 September lalu di Hospital Daerah Segamat secara pembedahan ketika berusia 34 minggu.

Raja Karipah yang menetap di Taman Suria, Buloh Kasap bersama keluarga; suaminya, Norhisham Othman, 45, bekerja sendiri dan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,100 untuk perubatan Amanda setiap bulan selain menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  

"Sehari selepas dilahirkan, Amanda dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

kerana tidak membuang air besar sebelum dikesan mengalami masalah saluran usus.

"Pada usianya 20 hari, Amanda telah menjalani pembedahan usus dan ditahan di unit rawatan rapi neonatal selama empat bulan sebelum dipindahkan ke wad selama 30 hari," katanya.

Anak bongsu daripada enam beradik itu tidak pernah diberikan susu ibu sejak dilahirkan dan terpaksa minum susu melalui tiub yang dipasang melalui mulutnya selain bergantung dengan mesin oksigen yang disumbangkan oleh Baitulmal Segamat.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2afXXGi

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.