Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemeriksaan vaksin wajib di sekolah-sekolah mulai bulan depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemeriksaan vaksin wajib di sekolah-sekolah mulai bulan depan

subramaniam-immunisastion

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan menegur ibu bapa yang belum vaksinkan anak-anak mereka melalui satu program pemeriksaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kerjasama itu bagi mengenalpasti anak-anak yang belum mengambil sebahagian atau kesemua vaksinasi yang diperlukan.

Beliau berkata murid-murid Darjah Lima akan memulai pemeriksaan yang mungkin dijalankan seawal bulan depan.

“Dalam bulan pertama latihan ini, rekod imunisasi kanak-kanak Darjah Lima perlu diserahkan ke pihak sekolah.

“Selepas itu, hanya murid-murid Darjah Satu dan Darjah Empat akan diperiksa,” kata Subramanian.

Mulai sekarang ibu bapa perlu menyerahkan rekod imunisasi anak-anak ketika semasa mendaftarkan mereka ke Darjah Satu.

Subramanian berkata Kementerian Pendidikan juga perlu menjalankan pemeriksaan keatas pelajar-pelajar Tingkatan Satu.

“Sekarang ini, kita jalankan ujian darah dan vaksinasi keatas pelajar perempuan Tingkatan Satu. Saya minta Kementerian Pendidikan supaya menjalankan pemeriksaan keatas pelajar lelaki juga.

“Semua ini selaras dengan usaha mencari mereka yang belum mendapat vaksinasi yang diperlukan. Ini salah satu daripada langkah yang kami ambil dan kami percaya pemeriksaan lebih mudah dijalankan di sekolah-sekolah berbanding pemeriksaan untuk masyarakat umum,” katanya.

Sekiranya seorang kanak-kanak didapati belum mendapat vaksinasi yang diperlukan, Kementerian Kesihatan akan menasihati ibu-bapanya mengenai langkah-langkah yang perlu diambil, seperti penggantian suntikan.

Mengenai ibu bapa yang menentang vaksinasi, Subramaniam berkata kementerian akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menangani mereka.

“Untuk golongan itu, kami akan cadangkan kaunseling agama dan saintifik. Kami akan tangani golongan itu menggunakan cara yang berbeza,” katanya.

Ditanya mengenai sumber yang diperlukan untuk program pemeriksaan itu dan vaksinasi susulan untuk mereka yang belum mengambilnya, Subramaniam akui kementerian perlukan lebih ramai kakitangan.

“Kami bersedia, tetapi pada masa ini kita perlukan kakitangan tambahan. Kita mungkin mengerahkan sekolah-sekolah kejuruwatan dan penuntut-penuntut mereka,” katanya.

Mengulas isu berbeza, Subramaniam berkata kementerian masih menyiasat wanita 41 tahun yang menghidap diphtheria.

“Bukan mudah untuk meneliti rekod 41 tahun lalu. Kita tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan ketika ini,” katanya.

Rabu lalu, seorang wanita dari Negeri Sembilan merupakan kes pertama seorang dewasa dijangkiti diphtheria yang dilaporkan.

Kesnya menjadikan jumlah keseluruhan kes diphtheria sebanyak 15 kes. Bernama melaporkan Melaka mempunyai tiga kes dengan satu kematian, Kedah tujuh kes dengan satu kematian dan Sabah empat kes dengan tiga kematian.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29ToFFp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.