Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak mampu tadika swasta? Hantarlah tadika Kemas, cadang menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak mampu tadika swasta? Hantarlah tadika Kemas, cadang menteri

Tadika tajaan kerajaan mengenakan yuran RM115 tetapi pusat prasekolah swasta mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM9,000 setahun. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 20 Jul — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan ibu bapa yang tidak mampu agar menghantar anak mereka ke tadika yang dikendalikan kerajaan seperti tadika Kemas, tadika perpaduan dan prasekolah.

Menurutnya, alternatif itu memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan sederhana

memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka de­ngan yuran yang berpatutan serendah RM10 sebulan kerana tadika swasta me­ngenakan yuran terlalu tinggi di sekitar Lembah Klang hingga mence­cah ribuan ringgit setahun.

“Yang penting kita ada pilihan. Kalau rasa tadika luar (swasta) mahal, datang sahaja ke tadika kemas, RM10 sebulan sahaja. Ada makan. Baju pun kerajaan bagi.

“Kita ada tadika Kemas di setiap kampung di kawasan ban­dar pun tidak ada masalah kerana terdapat prasekolah dan tadika perpaduan yang tetap menjadi pilihan ibu bapa,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Isnin lalu, memetik laporan awal akhbar tersebut, ProjekMMO melaporkan caj tadika swasta di negara ini meliputi yuran pendaftaran, yuran bulanan, buku dan uniform bergantung kepada pakej yang dipilih.

Lebih malang, ibu bapa tiada pilihan lain selain menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta berikutan permohonan kemasukan ke tadika kerajaan terhad.

Tambah Ismail Sabri, setakat ini, terdapat 11,160 buah tadika Kemas di seluruh negara dengan 12,000 buah kampung.

Bagaimanapun, tidak ada kementerian khas yang mengawal tadika-tadika berkenaan dan beliau sendiri sudah membangkitkan isu di Parlimen supaya ada satu kementerian yang menjaga keseluruhan tadika dari segi dasar dan sebagainya.

“Ada yuran tadika swasta mengenakan yuran RM8,000 sebulan. Jadi, ibu bapa boleh membuat pilihan. Apa yang penting kerajaan sediakan alternatif kepada ibu bapa dan kerajaan menyediakan tadika dengan yuran yang amat rendah iaitu serendah RM10 sebulan,” katanya.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2abx2J2

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.