Takut suami curang, isteri pemimpin Pemuda Umno sanggup diduakan
KUANTAN, 20 Jul — Selepas ulasan panjang lebar Muhammad Faiz Hashim menceritakan “kejayaan” beliau berpoligami, kini giliran isteri-isterinya memberikan kenyataan.
Isteri pertama ketua pemuda Umno Indera Mahkota berkata bagi mengelak suaminya melakukan perbuatan terlarang di belakangnya, maka hasrat Faiz menambah isteri direlakan.
‘‘Saya perlukan masa dan berfikir lebih baik saya memberi izin daripada suami melakukan perkara tidak elok di belakang. Dengan sendirinya saya reda dan ikhlas.
‘‘Alhamdulillah, selepas berpoligami kasih sayang suami bertambah di samping rezeki kami sekeluarga sentiasa melimpah ruah,’’ kata Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd Idris seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Faiz sebelum ini mendakwa terpaksa mengambil masa setahun untuk meredakan hati Fadhilah dan mempertemukannya dengan madu Nik Noor Syuhada Kamarudin.
Bapa kepada lapan beranak itu mengaku Fadhilah tiada kekurangan, namun mendakwa sudah takdir menentukannya menikahi Syuhada.
Fadhilah, 35, berkata walaupun melalui suka duka kehidupan bermadu namun terdapat satu peristiwa yang segar di fikirannya.
Katanya, anaknya yang keempat sama tarikh lahir dengan anak sulung madunya dan di situ sikap sebenar Syuhada terlihat.
‘‘Saya tak boleh lupa sehinggakan doktor yang menyambut bayi-bayi lelaki kami juga tertawa. Kami melahirkan anak pada 31 Ogos 2010.
‘‘Ketika usia bayi tiga bulan, saya dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan. Syuhada bersengkang mata menjaga dan menyusukan bayi saya.
“Seolah-olah dia mendapat bayi kembar. Saya sangat menghargai pengorbanannya itu,’’ dia dilaporkan berkata.
Sementara itu, Syuhada, 30, berkata sebagai isteri kedua sikap mengalah perlu banyak diterapkan dalam menjamin kebahagiaan keluarga.
Katanya, Fadhilah sudah dianggap seperti kakak sendiri dan menjadi peneman ketika berurusan di luar rumah.
‘‘Sebagai isteri kedua, kena banyak mengalah dan hormat. Saya tidak menganggap Fadhilah sebagai madu tetapi lebih kepada seorang kakak.
“Pergi ke mana-mana bersama, membeli belah dan rasa seperti kawan-kawan sahaja. Perkara yang jadi keutamaan adalah menjaga sensitiviti antara satu sama lain,” katanya.
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2afX7JV
Today updated news promoted by Mukah Pages
>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!
Post a Comment