Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amanah Adalah Masa Depan, PAS Masa Silam – PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amanah Adalah Masa Depan, PAS Masa Silam – PKR

2094_rencana_pakatan-harapan-pas

Menurut sumber dalam PKR, tidak sepatutnya timbul  isu tentang PKR dan PAS bekerjasama di Selangor setelah Pakatan Harapan (tanpa PAS) ditubuhkan.

Menurutnya, kerjasama itu hanya bersifat sementara, nanti bila PRU14 menjelang, PAS tiada lagi dalam perancangan dan kerjasama selepas itu hanya apa yang terkandung di dalam perjanjian Pakatan Harapan sahaja.  Jika ada perubahan pun di sana sini, mungkin melibatkan parti Bersatu milik Tun Dr. Mahathir yang dijangka memenangi beberapa kerusi di Selangor.

Dalam erti kata lain, jika kuasa berjaya di kekalkan di Selangor, ia adalah kerajaan Pakatan Harapan sepenuhnya, dengan PAS menjadi pembangkang bersama BN/UMNO – kalaulah ada lagi wakil PAS yang menang di Selangor.

Justeru tindakan pimpinan PKR menghadiri majlis parti Amanah kelmarin dan mengkritik PAS dalam masa yang sama, tidak seharusnya dilihat sebagai satu kebiadapan kerana masa depan PKR adalah bersama Amanah, bukan bersama PAS.

PAS tidak ada dalam perancangan Pakatan Harapan untuk PRU14 dan apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah bagi menghormati peranan PAS sebagai parti gabungan Pakatan Rakyat yang mengekalkan kuasa di Selangor dalam PRU13 yang lepas.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cVxvRs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.