Mahathir Mengecewakan Di Kota London
Satu perkataan merumuskan syarahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kota London pada 21 September lalu – ‘menyedihkan’.
Tidak ada yang terlalu menghentam, meskipun masa depan negara yang menjadi pertaruhan.
Rakyat Malaysia yang datang hanya mahu mendengar satu perkara dari mulut Mahathir – harapannya – namun terlalu sedikit yang diperkatakannya. Syarahannya meliputi banyak perkara, namun tidak ada yang baru.
Sesi itu tidak mencerminkan keupayaan atau standard tinggi Mahathir seperti lazimnya. Untuk berlaku adil, ia bukan salah Mahathir. Beliau seperti biasa, tangkas, cekap dan bersahaja. Staminanya ibarat orang yang 30 tahun lebih muda daripada dirinya.
Kelesuan berpunca daripada kualiti soalan yang diajukan. Peserta tidak mencabar dan tidak mengemukakan soalan yang sukar mahupun tajam.
Analogi acara Mahathir di London adalah mudah. Rakyat Malaysia yang menjangkakan hidangan masakan rumah yang enak terpaksa berpuas hati dengan sandwic malam semalam. Rotinya kering dan lembik. Tidak menarik, tidak sedap.
Adakah budaya Asia bagi menghormati golongan berusia membantutkan hasrat rakyat Malaysia daripada mengasaknya di depan khalayak dengan soalan-soalan berhubung pembahruan negara ini yang mahu diperkenalkannya?
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dlahai
Post a Comment