Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kayveas: myPPP Tiada Isu Dengan Persempadanan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kayveas: myPPP Tiada Isu Dengan Persempadanan Semula

download-9

 

Beberza dengan parti-parti komponen BN lain, myPPP tidak punya isu berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata presiden parti Tan Sri M Kayveas.

Menurutnya, ini kerana pilihan raya adalah mengenai kuasa rakyat mengundi.

“Anda boleh menandakan kawasan mengikut apa cara yang anda mahu, saya tidak teruja. Ini sama ada rakyat mengundi pihak sebelah sini atau sebelah sana,” katanya yang dipetik Bernama di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016 yang dibentang oleh PAS di Dewan Rakyat baru-baru, Kayveas berkata myPPP tidak akan membuat protes terhadap ini oleh kerana ia hanya menyentuh orang Islam.

Kepada satu soalan, Kayveas menyatakan kesediaannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kalau dapat peluang, mengapa tidak? Kalau BN ada kerusi dan berpendapat saya perlu bertanding, saya boleh menang, tidak ada isu,” katanya sambil memaklumkan myPPP telah bersedia menghadapi PRU Ke-14 pada bila-bila masa untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Sebelum itu, Mesyuarat Agung Khas myPPP memutuskan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan myPPP di Sabah dan Sarawak masing-masing berfungsi sebagai wilayah sendiri, tanpa campur tangan pentadbiran dari myPPP di Semenanjung.

Kayveas berkata di bawah pindaan perlembagaan itu myPPP di Sabah dan Sarawak akan mempunyai seorang naib presiden dan lima orang wakil sebagai anggota majlis tertinggi parti dan kedua-dua negeri itu akan menubuhkan jawatankuasa parti sendiri.

“Jadi kita (myPPP) pinda dalam perlembagaan kita untuk tambah lagi satu artikel bagi Sabah dan Sarawak sebagai satu ‘region’ – ‘region’ satu untuk Sarawak, ‘region’ dua (untuk) Sabah dan ‘region’ tiga Semenanjung Malaysia.

“Bukan myPPP masuk sana, tetapi mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) yang mahu myPPP ke sana, myPPP sudah ada lama di sana, dalam lima atau enam tahun, tetapi strukturnya tidak betul dalam perlembagaan.

“Jadi kita pinda perlembagaan,” katanya.

Setakat ini myPPP di Sabah baharu sahaja dibentuk semula manakala myPPP di Sarawak mempunyai 67 cawangan, katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dla8DQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.