Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR: Keengganan SPR Bertemu Buktikan Persempadanan Tak Berasas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR: Keengganan SPR Bertemu Buktikan Persempadanan Tak Berasas

download-10

 

Surat Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat lalu adalah bukti bahawa persempadanan semula yang dicadangkan adalah tidak berasas, dakwa timbalan ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan, Zuraida berkata SPR menolak permintaan Azmin untuk mendapatkan sesi pembentangan serta dialog dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Cadangan persempadanan semula SPR baru-baru ini mengundang pelbagai kontroversi dengan pihak pembangkang mendakwa BN bakal mendapat manfaat. Walau bagaimanapun, Umno dan Gerakan dilaporkan juga tidak berpuas bhati dengan cadangan itu.

Perjumpaan itu, kata Zuraida, dibuat berdasarkan nasihat pengamal undang-undang bahawa Azmin atas kapasitinya sebagai menteri besar perlu mendapatkan penjelasan tentang rasional, asas, prinsip dan mekanisma di sebalik cadangan persempadanan semula, sebelum memulakan bantahan.

“Kesemua usaha ini tidak mendatangkan sebarang hasil apabila SPR dalam surat jawapannya pada Jumaat lepas menjawab bahawa kesemua jawapannya boleh didapati di laman web SPR.

“SPR tidak wajar melihat dirinya sebagai sebahagian daripada jentera BN apatah lagi seolah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN.

“SPR sepatutnya tidak berpihak dan bertindak saksama bagi kepentingan seluruh rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Ampang.

Zuraida juga menggesa Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah untuk meletakkan jawatan, jika beliau gagal untuk memahami peranannya dalam memastikan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Dia (Mohd Hashim) sewajarnya melepaskan jawatan dan melantik Puan Maria Chin Abdullah sebagai pengganti beliau.
“Dengan cara ini, tidak ada lagi manipulasi sempadan pilihanraya,” katanya sambil menyatakan
sokongan kepada perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November depan.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah menolak cadangan pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu sebelum SPR melengkapkan persempadanan semula yang dicadangkan itu.

Azmin, ketika itu, berkata kerajaan negeri akan menghormati mandat rakyat, dan akan menggunakan saluran yang sah untuk menyatakan bantahan mereka.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cOHLbU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.