Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mungkin Memberikan Petanda Untuk Gabungan Android-Chrome OS Pada 4 Okt - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mungkin Memberikan Petanda Untuk Gabungan Android-Chrome OS Pada 4 Okt

Google telah sedia menjadualkan acara pada 4 Oktober 2016 ini dimana mereka dijangka memperkenalkan beberapa produk baru – termasuk telefon pintar berjenama Pixel yang bakal menggantikan Nexus.

Terkini, laporan baru turut hadir mengatakan Google mungkin turut memperlihatkan beberapa petanda yang menunjukkan mereka bakal mengabungkan dua sistem operasi mereka – iaitu Android dan juga Chrome OS.

Projek penyatuan ini dikatakan dikenali dengan nama Andromeda. Desas-desus mengenai penyatuan kedua-dua sistem operasi ini telah diperkatakan sejak sebelum ini, malah Google sendiri kini telah mula menawarkan Google Play Store untuk pengguna Chrome OS.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Google sah akan memperlihatkannya pada 4 Oktober 2016 ini ataupun tidak – tetapi ia dikatakan adalah sebuah projek sebenar didalam Google dan mungkin dilancarkan secara rasmi seawal 2017 kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2drE2SJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.