Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Lenovo Moto Mods – 5 Aksesori Modular Pelbagai Guna Untuk Moto Z - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Lenovo Moto Mods – 5 Aksesori Modular Pelbagai Guna Untuk Moto Z

Aksesori modular setakat ini hanya dilakukan oleh LG dan Lenovo. Kedua-dua pengeluar ini percaya modular ialah trend yang hangat di masa hadapan. Peranti sedia ada boleh dipertingkatkan kemampuannya dengan hanya menambah aksesori. Apabila tidak diperlukan ia dengan mudah dapat ditanggalkan bagi mengurangkan berat serta saiz. Kedua-dua pengeluar ini juga mempunyai sistem berbeza untuk sistem modular mereka.

LG percaya dengan sistem yang memerlukan peranti dimatikan sebelum aksesori modular boleh digunakan. Lenovo pula percaya sistem modular magnetik adalah lebih pantas dan mudah digunakan. Kami bergaya meluangkan sedikit masa bersama lima Moto Mods yang dihasilkan oleh Lenovo untuk Moto Z dan Moto Z Play. Berikut ialah pandangan kami mengenai aksesori-aksesori yang dihasilkan.


01 – Hasselblad True Zoom

moto-mods-hasselblad-1

Hassleblad True Zoom
Saiz Sensor 12 Megapixel
Apertur f/3.5 – f/6.5
Saiz Sensor 1/2.3 Inci
Saiz Pixel 1.55 um
Zoom 10 X Optikal

4 X Digital

Flash Xenon
ISO Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200
Sistem Penstabilan OIS – Untuk gambar

EIS – Untuk video

Format Gambar JPG dan RAW
Foramt Video 1080P 30 FPS

Kita mulakan pandang pertama dengan Hasselblad True Zoom. Ini adalaha kerana ia pastinya Moto Mods yang paling dikenali ramai dan mendapat perhatian paling banyak dari media.

Dengan True Zoom, Hasslelblad meningkatkan kemampuan kamera MotoZ dan Moto Z Play. Ia dilengkapi kamera utama 12 Megapixel yang dilengkapi sistem OIS. Terdapat sistem flash Xenon dan sokongan rakaman gambar menggunakan format RAW. Peningkatan paling ketara ialah kemampuan zoom optikal sehingga 10 kali. Ini adalah jauh lebih baik berbanding sistem zoom digital yang dilengkapi kedua-dua Moto Z dan Moto Z Play. Zoom dilakukan dengan tombol khas yang diletakkan pada butang khas pengatup kamera.

Apabila True Zoom dipasang pada panel belakang peranti, ia boleh diaktifkan dengan menekan butang kuasa pada bahagian atas. Ia juga boleh dilancarkan dengan pantas dengan melakukan pergerakan Moto Motion Launch. Hanya putarkan peranti sebanyak dua kali dan kamera akan terus beroperasi.

Kerana sambungan secara fizikal, proses menambat True Zoom kepada peranti berlaku dalam masa hanya sesaat. Tiada penantian lama seperti sistem tambatan Bluetooth. Apabila True Zoom digunakan, antaramuka khas Hasselblad akan muncul pada skrin peranti. Ia dilengkapi beberapa fungsi tambahan dan penuras khas. Selepas gambar diambil ia terus disimpan di dalam peranti. Ini memudahkan proses perkongsian gambar.

Kualiti gambar yang diambil adalah baik tetapi secara ikhlas tidak menakjubkan. Kami difahamkan perisian untuk Pure Zoom yang digunakan bukanlah versi akhir. Pada tetapan zoom 10X, kualiti gambar masih lagi baik kerana penggunaan sistem optikal. Sungguhpun begitu kami menyedari kamera mengambil masa yang lama untuk memfokus dan mengambil gambar. Ini membuatkannya terasa seakan menggunakan kamera Android awal 2013. Tambah mengecewakan Pure Zoom hanya boleh merakam video pada resolusi 1080P 30 FPS sedangkan kamera utama Moto Z boleh merakam pada resolusi 4K.

moto-mods-hasselblad-2

 


02 – Moto Insta-Share Projector

 

moto-mods-insta-share-1 Selepas kamera, mod Moto Insta-Share Projector ialah aksesori yang kami kategorikan sebagai menarik. Ia sebuah projektor yang mampu memaparkan imej sebesar 70″ pada resolusi 480P. Terdapat sebuah bateri terbina 1100 mAh yang membolehkannya beroperasi selama sejam tanpa memakan bateri peranti. Apabila disambungkan kepada sebuah Moto Z Play, ia boleh digunakan sehingga 4 jam tanpa henti. Tetongkat terbina membolehkan ia didirikan mengikut kehendak pengguna.

Fungsi paling unik ialah Automatic Keystone. Imej pada dipancarkan akan dikalibrasi secara automatik. Pengguna tidak perlu memfokus atau mengubah posisi Insta-Share untuk mendapatkan paparan gambar yang terbaik. Ini ialah fungsi yang kami rasakan terbaik kerana selepas mengulas beberapa projektor sebelum ini, melakukan kalibrasi (keystoning) secara manual adalah agak leceh. Seperti Hassleblad True Zoom, Insta-Share disambung secara magnetik dan berfungsi dengan pantas. Apabila tidak digunakan dan dilipat, saiznya yang kompak membuatkannya masih mudah dimasukkan ke dalam poket seluar. Walaubagaimanapun kami menyedari unit menjadi agak panas ketika digunakan.

moto-mods-insta-share-2


03 – JBL Soundboost

moto-mods-jbl-1Sistem audio yang digunakan pada peranti pintar adalah kurang berkuasa jika dibandingkan dengan pembesar suara biasa. Sistem audio terbaik yang pernah kami dengari adalah pada HTC One M7 beberapa tahun yang lalu. Dengan JBL Soundboost, kualiti audio Moto Z dapat dipertingkatkan. Ia dilengkapi dua pembesar suara sebesar 27 mm dengan kuasa 3 Watt.

Bateri sebesar 1000 mAh menjadi sumber kuasa tanpa perlu risau ia menggunakan sumber bateri peranti. Terdapat tetongkat terbina untuk memudahkan menonton video di atas permukaan rata. Tidak seperti Insta-Share, pembesar suara ini adalah amat tebal dan ia tidak mudah dimasukkan ke dalam kocek seluar. Kualiti audio yang terhasil adalah jauh lebih baik dari pembesar suara  yang digunakan pada Moto Z. Sungguhpun begitu ia masih lagi sebuah pembesar suara yang menghala ke belakang dan sedikit sebanyak mengurangkan kualiti audio yang dihasilkan.

moto-mods-jbl-2


04 – Power Bank Incipio offGRID

moto-mods-incipioPower bank yang ada di pasaran sukar untuk dibawa kerana saiz yang besar. Dengan mod Incipio OffGRID, pengguna boleh menambah bateri sebesar 2200 mAh tanpa menambah saiz peranti dengan terlalu drastik. Apabila dipasang pada Moto Z, peranti akan menunjukkan tahap pengecasan berbeza untuk dua bateri yang digunakan. Pengguna boleh menetapkan bilakah pengecasan akan dilakukan kepada peranti menerusi mod ini. Terdapat dua versi dihasilkan. Satu versi mampu dicas secara tanpa wayar. Kedua-dua versi menyokong sistem pantas jadi pengguna tidak perlu menunggu lama untuk power bank tambahan ini dicas sepenuhnya.


05- Moto Style Shells

moto-mods-style-shellsAkhir sekali ialah Moto Style Shells yang merupakan panel belakang magnetik yang boleh digantikan mengikut mood pengguna. Terdapat enam Moto Style Shells dihasilkan. Rekaan kevlar berwarna hitam disertakan dengan setiap pembelian Moto Z. Selain mengubah rupa peranti, Style Shells mengurangkan saiz bonjolan kamera pada bahagian belakang peranti. Antara pilihan yang diberikan ialah tiga rekaan seakan alur kayu, satu rekaan permukaan fabrik dan satu rekaan panel kulit. Apabila dipasang, ia melekap dengan cukup kuat sekali. Pengguna tidak perlu risau ia tertanggal dengan mudah ketika digunakan.

moto-mods-style-shells-2






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cVXGHR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.