Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Robot AnBot Memulakan Operasi Di Lapangan Terbang Shenzen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Robot AnBot Memulakan Operasi Di Lapangan Terbang Shenzen

Antara filem klasik yang memberikan impak kepada kemas semasa kecil dahulu ialah Robocop. Sejak dari hari itu kami bermimpi untuk melihat dunia dipenuhi polis robot yang melakukan tugas dengan tulis dan tidak mampu meminta rasuah. Di China dunia fiksyen Robocop semakin hampir menjadi realiti. AnBot sebuah robot beroda memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao’an Shenzen.

anbot-2Robot ini dilengkapi empat kamera beresolusi tinggi dan sistem pengenalan wajah yang mengesan rupa penumpang. Sistem senjata taser disertakan yang mampu merenjat suspek yang mendatangkan menimbulkan masalah. Robot setinggi 1.5 meter ini mampu bergerak pada kelajuan maksimum 18 kilometer sejam. Ia digunakan bagi mengurangkan beban ke atas polis ketika waktu puncak. Selain melakukan rondaan ia turut boleh memberikan maklumat terkini tentang jadual penerbangan kepada penumpang.

Sementara itu di Amerika Syarikat SAFFiR, robot pemadam api sedang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat. Apakah pekerjaan lain yang akan digantikan dengan robot di masa hadapan?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cOLFla

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.