Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkahwinan Rara Dgn Masyur Tidak Akan Sukarkan Laluan DAP Di Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkahwinan Rara Dgn Masyur Tidak Akan Sukarkan Laluan DAP Di Johor

 

rara

Perkahwinan aktivis DAP, Rara dengan Pengurus Pelaburan dan juga Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Muhammad Masyur Abdullah semalam, dilihat tidak akan mengganggu peluang DAP untuk merampas negeri Johor dari BN dalam PRU14 yang akan datang.

Ini berikutan status Masyur yang pernah ditahan dan didakwa kerana menghina TMJ di akaun Twitternya.

Dengan rakyat Johor yang begitu menghormati dan mengagumi TMJ, dikhuatiri tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Masyur dan kedudukan Rara sebagai Penolong Setiausaha Wanita DAP itu akan menjejaskan peluang DAP dan Pakatan Harapan untuk merampas negeri tersebut.

Bagaimanapun, sumber biro politik DAP mengesahkan peluang DAP dan Pakatan Harapan tidak akan terjejas kerana Masyur mahupun Rara – jika dicalonkan dalam PRU14 sekalipun, tidak akan diletakkan di Johor tapi di negeri kelahiran masing-masing iaitu Selangor.

DAP sebaliknya mahu rakyat memberi perhatian kepada keadaan majlis perkahwinan Rara yang agak daif, tidak setaraf dengan kedudukan Rara sebagai aktivis politik terkenal – bukti keadaan ekonomi negara yang semakin tenat.

puri-buana-garden-wedding-1-750x563

Atap dari daun kelapa yang sudah kering

Sekalipun diadakan di sebuah kelab eksklusif di Hulu Langat tapi itu bukanlah bukti perkahwinan itu mewah dan meriah.  Dikatakan ada atap salah sebuah pondok untuk perkahwinan ala-ala Garden itu, diperbuat dari daun kelapa yang sudah kering!!!

Menurut sumber, lokasi itu dipilih kerana ia adalah satu-satunya tempat yang menawarkan harga paling murah untuk pakej perkahwinan iaitu serendah RM 100/seorang.  Tempat lain yang lebih kurang harganya ada, tapi sama ada lebih mahal atau sudah penuh ditempat oleh pasangan miskini yang lain untuk berkahwin.

Ia dikatakan mewah kalau diadakan di hotel-hotel besar, dengan pakaian dan sebagainya diuruskan oleh pengurus perkahwinan yang terkenal.  Lokasi kelab itu sendiri pun terletak di kawasan hulu, bukti daif dan sukarnya ekonomi negara sekarang – yang selama ini cuba dinafikan pembesar-pembesar UMNO/BN



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dd3cH8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.