Wanita Ni Muat Naik Tweet Duduk Sebelah Anak Patung Yang Menakutkan Dalam Pesawat
Bila kita naik kapal terbang macam-macam perangai orang kita akan jumpa. Ada yang duduk tak sopan, ada yang suara bising mengganggu penumpang lain dan ada yang request macam-macam daripada krew kabin. Tapi semua tu okay lagi berbanding apa yang dilalui penumpang wanita ini.
Sara Novic pada mulanya gembira kerana tiada sesiapa yang duduk disebelahnya di dalam pesawat hinggalah seorang lelaki meletakkan anak patungnya yang agak menakutkan duduk di seat di sebelah Novic.
Tak tahu macam mana, tapi lelaki tersebut memang belikan tiket untuk anak patungnya itu. Seat tersebut memang khas untuk anak patungnya yang bernama Barbara. Peliknya!
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment