Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Cuba Kelirukan Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Cuba Kelirukan Rakyat

DAP

 

Pemuda Umno membidas kenyataan DAP yang cuba mengelirukan rakyat apabila mengaitkan isu persempadanan semula dengan dakwaan bahawa Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar bakal dilantik sebagai menteri besar.

Exco Pemudanya, Dazma Shah Daud berkata, kenyataan Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berbaur hasutan apabila meminta rakyat menentang persempadanan semula dengan alasan ia adalah agenda BN untuk melantik Noh menjadi pemimpin kerajaan tertinggi di negeri itu.

“Kerja DAP memang sinonim dengan manipulasi, hasutan dan dakwaan tidak berasas, semata-mata mahu mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.

“Saya mahu tegaskan persempadanan semula ini tiada kaitan langsung dengan agenda untuk lantik sesiapa sebagai MB (menteri besar)..Saya minta rakyat Selangor jangan mudah terpengaruh dengan propaganda DAP itu,” katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian, semalam.

Dazma berkata, pembangkang terutamanya DAP sekarang ini rancak memainkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas sama ada terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu pun kerajaan.

“Sepatutnya mereka (pembangkang) guna saluran yang sah untuk membuat bantahan kerana SPR memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak mengemukakan sebarang pandangan atau idea mengenai isu persempadanan semula ini.

“Jangan hanya tahu nak mengadu domba sana sini dengan buat macam-macam cerita tak berasas, amalkan cara berpolitik matang,” katanya.

Sebelum ini, Muhamad Shakir dalam kenyataannya melalui portal Roketkini mendakwa Selangor akan melihat Noh dilantik sebagai menteri besar sekiranya cadangan persempadanan semula oleh SPR tidak dibantah sekeras-kerasnya.

Beliau memberikan persoalan kepada rakyat Selangor adakah mereka sanggup menerima Noh yang didakwa seorang pemimpin yang tidak prihatin rakyat sebagai menteri besar?



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dcLJP2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.