Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alif Syukri Layak Bercakap Ekonomi Sekalipun Tak Sekolah Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alif Syukri Layak Bercakap Ekonomi Sekalipun Tak Sekolah Tinggi

untitled27-1

“Ekonomi negara dalam keadaan tenat – Datuk Aliff Syukri”

Datuk Aliff Syukri ‘terlajak laris’ ini sekalipun kaya dan bergelar jutawan, dia bukanlah seorang yang diketahui berpelajaran tinggi.  Tapi itu bukanlah halangan untuk dirinya bercakap tentang ekonomi kerana kejayaan menjadi jutawan itu sendiri adalah kelayakannya.

Memang kita tahu isu berkaitan ekonomi negara adalah jauh lebih besar dari ekonomi sebuah syarikat atau kilang tapi tidak ada salahnya Aliff Syukri yang menjana berjuta ringgit hasil jualan kosmetik sehingga mampu memiliki pelbagai hartanah dan kereta mewah, bercakap tentang isu tersebut.

Sekalipun tidak berpelajaran tinggi, Aliff Syukri tetap layak untuk bercakap tentang ekonomi dan ini adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak, terutama mereka yang memandang sinis kenyataannya dalam akaun Facebooknya semalam.

Kalau bukan Aliff Syukri pun, ramai lagi yang melihat ekonomi negara ini sememangnya berada dalam kedudukan yang tenat.  Kejayaan Aliff Syukri meraih pendapatan berjuta ringgit hanya dengan menjual produk kosmetiknya di dalam negara ini sahaja, bukan bukti ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh.

Perkara itu boleh berlaku atas pelbagai sebab terutama keinginan untuk menjadi cantik di kalangan wanita yang tidak mengira ada duit atau tidak, tak semestinya kerana ekonomi negara baik!!



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dD0QkB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.