Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu 1MDB Lebih Penting Dari Krisis Air – Exco Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu 1MDB Lebih Penting Dari Krisis Air – Exco Selangor

air1

Masalah air di Selangor bukanlah perkara baru.  Sebelum PRU13 yang lepas, Selangor telahpun mula dilanda masalah air – malah lebih teruk dari sekarang, tapi setelah PRU13 diadakan, kerajaan Pakatan Harapan Selangor masih dapat dipertahankan.

Bukan sahaja menang, malah meningkatkan jumlah kerusi dengan begitu tinggi sekali termasuk di kawasan yang teruk dilanda krisis air.

Itu menunjukkan masalah air ini bukanlah isu yang besar sangat, memang ada rungutan di sana sini tapi ia tidak sampai menyebabkan kerajaan negeri tumbang.  Kerajaan Pakatan Harapan akan terus bertahan kerana ada isu yang lebih besar dari air di negara ini yang mendapat perhatian rakyat.

Isu-isu seperti 1MDB dan dana RM 2.6 billion umpamanya, semua ini menjejaskan rakyat di seluruh negara berbanding isu air yang hanya menjejaskan penduduk di Selangor sahaja.

Jadi tidak ada keperluan untuk sesiapa bimbang jika krisis air yang berlanjutan di Selangor sekarang akan menyebabkan perubahan dalam kerajaan negeri.  Paling tidak beberapa bulan sebelum PRU14 berlangsung, semua usaha dibuat untuk memastikan masalah air ini tidak berlaku.

Bukan susah sangat.

 



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dZbJiU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.