Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaca Mata Pintar Epson Moverio BT-300 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaca Mata Pintar Epson Moverio BT-300 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 2017

Selain dari pengumuman EB-L25000U iaitu projektor terbaru Epson yang pertama di dunia yang mempunyai kadar 25,000 Lumens, mereka turut mengumumkan kesediaan kaca mata Moverio terbaru mereka, iaitu Moverio BT-300.

Moverio merupakan siri kaca mata pintar dan siri pertama iaitu BT-200 telah diperkenalkan oleh Epson di acara IFA tahun 2015. Bagi siri terbaru BT-300 ini, ia telah direka 20% lebih ringan berbanding model terdahulu. Ia mempunyai projektor kecil pada kedua-dua belah kanta yang menghasilkan paparan OLED (Organic Light Emitting Diode). Ia juga mempunyai resolusi 720p dan kaca mata pintar ini dihubungkan dengan satu alat kawalan yang mempunyai butang seperti peranti Android, dan kawalan tahap bunyi serta pad sesentuh.

epson-moverio-bt-300-img_3762 epson-moverio-bt-300-img_3757

Antara spesifikasi lain peranti ini termasuklah kamera hadapan 5MP yang boleh merakam video dan gambar, serta digunakan bagi tujuan mengesan ruang dan dimensi pengguna. Bagi tujuan privasi, terdapat LED yang akan bernyala sewaktu kamera beroperasi. Ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom.

Kaca mata yang menyokong Augmented Reality ini akan memaparkan maklumat yang relevan mengikut apa yang sedang dilihat pengguna. Ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang, antaranya kesihatan, industri kilang, pendidikan dan pelbagai lagi.

epson-moverio-bt-300-img_3787 epson-moverio-bt-300-img_3770

Dalam bidang ini, Epson turut menyatakan yang akan bekerjasama dengan penggiat industri bagi membangunkan aplikasi yang boleh digunakan pada Moverio. Aplikasi yang dihasilkan boleh diakses menerusi Moverio Apps Market. Mereka juga telah bekerjasama dengan DJI dan pengguna boleh menggunakan kaca mata Moverio sewaktu menggunakan dron DJI dan melihat dari sudut pandang pertama kamera yang terdapat pada dron ini.

Kaca mata pintar ini akan hadir ke pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun 2017 dan buat masa ini, tiada harga diumumkan buat peranti ini namun Epson mengatakan epson-moverio-bt-300-img_3771unuk menjualnya dibawah harga USD 1,000.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dZ2M9l

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.